Pages

Ads 468x60px

Featured Posts

Saturday, May 9, 2015

Hai lama tak jumpa

tengok tajuk pun dah tau kan. Lama gilos tak menulis. Sejak mula kerja dan jadi wife tak ada masa nak hadap komputer. Hidup kat kota metropolitan memang busy. Rutin yang sama setiap hari tapi Alhamdulillah aku dan suami sangat bahagia tambah pula dengan bakal kelahiran si kecil kami yang sulung. Setelah setahun lebih berkahwin rezeki itu datang juga. Setelah kehilangan arwah baby yang belum sempat melihat dunia pada julai 2014, alhamdulliah tahun ini dikurniakan rejeki lagi. Syukur sangat2 pada Allah 😊
     Doakan kesihatan anakanda kami yang bakal diberi nama NM. Dari sebelum kahwin lagi mummy nak letak nama baby NM. Semoga menjadi anak yang soleh/solehah. 3 bulan lagi jumpa mummy dan papa ye sayang 👨‍👩‍👧

Sunday, March 16, 2014

Aha!


Alhamdulillah syukur sudah masuk 2 bulan bergelar isteri kepada Abdull Fattah Ismail. Ok baii!

Friday, January 17, 2014

#8

kelakuan bodoh
itu sukar dimaafkan
kelakuan terlarang
itu memang tiada dapat dimaafkan.

Tuesday, December 31, 2013

# 7

Be kind, for everyone you meet is fighting a hard battle.

Monday, December 30, 2013

Cold porcelain Rose

This is my first attempt of making a rose out of CP Clay.


 Doesn't look much like roses, right? sobs

So i did some research and I've found a really cool website that shows step-by-step guidance in order to make perfect roses from CP clay.

You can visit : http://puffylittlethings.blogspot.com/2013/02/clay-roses-quick-walkthrough.html and just simply follow the instructions as stated and who knows perhaps you'll make yourself a cute little rose like i did.

And...

Drum roll...

Say hello to my orange rose petals!

This is my 2nd attempt of making a rose and it works!


Saturday, December 28, 2013

Masa lapang banyak, jom cari hobi!

Assalamualaikum.

Sekarang ni saya ada banyak sangattt masa lapangggg. Tak tau bila dan di mana lagi akan dipostingkan. Hari-hari duduk rumah tengok tv, makan, main game, main gitar, online ja keja. huahua. Masa tengah online tu saja-saja terbuka bookmarks yang pernah saya save masa tengah study dulu. Konon-konon nanti bila dah habis belajaq nak buat segala benda-benda ni. Masa saya kecik dulu saya suka buat kraftangan lagi-lagi buat lilin. Sekarang bila dah besaq dah tak buat semua tu. Takda masa dan minat tu tak tau dia hilang pi mana. Jadi teringin jugak nak kembalikan minat-minat yang terpendam tu bagi dia membara balik. Salah satu yang saya save dalam bookmarks tu ialah Cold Porcelain Clay. 

Untuk pengetahuan semua Cold Porcelain Clay ni bestt & senang sangat nak buat. Plus benda ni akan kering/keras sendiri bila kita biaq dia kat udara. Selalunya kalau saiz 3cm ambil masa dalam 3 hari macam tu. Macam-macam benda kita boleh buat dengan clay ni. Boleh buat brooch, keychain, decorative miniatures, loket, manik dsbg.


 Hat ni saya ingat nak buat brooch bunga ros tapi tak tau jadi bunga apa. T__T


Resepi Cold Porcelain Clay

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Bekas penyukat (Saya rasa guna bekas penyukat lebih tepat dari guna cawan & sudu)
2. 1 cawan Gam putih (Bukan jernih tau)
3. 2 sudu besar Cuka
4. 2 sudu besar Baby oil
5. Losyen
6. Pewarna Acrylic
7. 1 cawan tepung jagung

Cara-cara nak buat:

1. Campurkan tepung, gam, baby oil dan cuka ke dalam kuali. Gaul sebati.
2. Panaskan api perlahan. kacau bahan tersebut sampai ia tak melekat lagi ke tepi2 permukaan kuali. (jadi doh). Tutup api.
3. Angkat doh & letak atas permukaan plastik. Sebelum tu, sapu dulu permukaan plastik dengan losyen supaya doh tak melekat kat atas dia.
4. Teruskan menguli doh sampai sebati. 
5. Campurkan warna acrylic yang anda suka ke dalam adunan doh.
6. Bentukkan bentuk-bentuk yang anda suka & biarkan ia kering selama beberapa hari.
7. Anda juga boleh sapukan kemasan varnish setelah doh telah kering.
8. Adunan doh hendaklah disimpan dalam plastic wrapper. Pastikan ianya kedap udara.






Pastikan ikut sukatan dan guna bahan yang betul. Takut tak jadi nanti kesian. he

Goodluck!